Write For Us

Akta MKN lahir dari salah tafsir perlembagaan, kata PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan BN menyalah tafsir pindaan perlembagaan yang dilakukan beliau lebih 20 tahun lalu semasa meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Menurut perdana menteri sebenarnya persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk sesuatu akta yang menyentuh kuasa serta kedudukan baginda.
Dalam konteks itu kata Dr Mahathir berlaku tafsiran yang tidak tepat oleh kerajaan sebelum ini apabila mereka menggunakan peruntukan Fasal 66(4) dan 66(4A) Perlembagaan Persekutuan untuk melulus serta menguatkuasakan Akta MKN tersebut.
"Akta MKN jelas menyentuh kuasa kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat (dan dengan adanya MKN) kuasa itu tidak lagi bermakna.
"Pengisytiharan darurat adalah keistimewaan yang diberi kepada Agong kerana implikasinya sangat serius... kerajaan boleh menangkap sesiapa saja tanpa bicara," katanya semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang penggubalan Akta MKN dan pindaan perlembagaan.
Menurut perdana menteri walaupun berlaku salah tafsir kerajaan tidak bercadang membatalkan pindaan yang melahirkan akta tersebut, sebaliknya mengkajinya untuk melihat kemungkinan meminda atau memansuhkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment