Write For Us

Tak ada yang salah Guan Eng dedah salah laku, kata Kit Siang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Tidak ada yang salah dengan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan segala salah laku dan penyelewengan oleh kerajaan BN terdahulu, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.
Pada sidang akhbar hari ini, veteran DAP itu menekankan keperluan supaya segala salah laku didedahkan oleh menteri-menteri Pakatan Harapan yang mempunyai maklumat.
Kit Siang diminta untuk mengulas jika beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Guan Eng harus lebih sensitif kerana kenyataan yang dikeluarkannya memberi kesan kepada pelabur dan pasaran.
Semalam, Guan Eng berkata beliau menghargai nasihat Anwar berhubung pembongkaran salah laku kerajaan terdahulu tetapi akan tetap mendedahkan perkara itu kepada umum.
Malah, katanya, semua pendedahan skandal kewangan terutama 1MDB adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri sedia maklum tentang perkara itu.
Anwar sebelum ini menyarankan kepada Guan Eng agar beliau menyerahkan pembongkaran salah laku dan penyelewengan pentadbiran BN kepada menteri lain dan SPRM.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment