Write For Us

AG sembunyi bukti salah laku 1MDB - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dari kedudukannya.
Mahathir mendakwa Apandi menyembunyikan bukti-bukti salah laku.
“Kita kena tengok nak lantik siapa sebagai peguam negara. Buat masa ini, peguam negara telah menjatuhkan kewibawaannya sendiri.
“Dia, malah, menyembunyikan bukti salah laku dan ini salah di sisi undang-undang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan skandal 1MDB, yang menjatuhkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kuasa.
Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Najib dari sebarang salah laku berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Siasatan antarabangsa mendakwa wang itu sebenarnya berpunca dari 1MDB. Najib mendakwa ia “derma” dari keluarga diraja Arab Saudi dan menafikan sebarang salah laku.
Memetik Malaysiakini, Apandi ketika dihubungi berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun perdana menteri menuduhnya menyembunyikan bukti skandal 1MDB.
“Saya tidak buat apa-apa salah. Bagaimanapun, buat masa ini saya tunggu dan lihat dulu.
“Apa yang paling penting, kedaulatan undang-undang akan ditegakkan dan apa pun tindakan oleh seseorang harus berdasarkan undang-undang, terutamanya undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment