Write For Us

"Dedah salah laku PM, tiga menteri jelas cuba hasut," kata Khalid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan tiga orang bekas menteri yang mendedahkan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat jelas cuba menghasut rakyat supaya percaya dakwaan itu, sungguhpun polis masih melakukan siasatan.
Khalid juga membidas Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo bahawa polis tiada asas untuk menyiasat adalah tidak benar, kerana adanya unsur-unsur hasutan yang dibuat oleh tiga orang bekas menteri itu.
"Jadi, pihak polis akan meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Tiga orang bekas menteri terbabit adalah Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; dan Ahli Parlimen BN-Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ketiga-tiga mereka dilapor mempertikaikan kewajaran penubuhan syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB ketika berucap dalam perbahasan Bajet 2017 di sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment