Write For Us

Salah laku PRK Rantau - PH 18 kes, BN 15 kes

Sponsored Post advertising Canada Persia
55 Views
Published
BERSIH 2.0 mencatatkan 34 kes salah laku dan kesalahan pilihan raya kecil Rantau yang bertentangan dengan prinsip pilihan raya bersih dan adil di mana 18 kes oleh PH, 15 kes oleh BN dan 1 kes oleh individu tidak dikenali.
Berdasarkan pemerhatian, BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh PRK termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.
Secara keseluruhan, PRK Rantau dijalankan dengan lancar dan teratur oleh SPR.
Walaupun demikian, ketidakpatuhan undang-undang pilihan raya oleh parti politik masih berleluasa, terutamanya penjamuan dalam kempen pilihan raya dan berkempen pada hari mengundi.
Untuk mengatasi masalah tersebut, penyelarasan antara pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (PPKPR) dan pihak polis harus dijelaskan supaya penguatkuasaan undang undang pilihan raya dijalankan dengan berkesan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment