Write For Us

'Polis serah laporan salah laku 3 tahun sebelum Anwar ditahan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu hadirin bahawa pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada beliau tiga tahun sebelum bekas timbalan perdana menteri itu ditahan.
Malahan pada ketika itu, kata Mahathir, beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.
"Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.
"Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti," kata Mahathir pada majlis sesi dialog townhall bersama anak muda di Petaling Jaya malam tadi.
Antara soalan yang ditanyakan ialah jika beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa Anwar telah 'melancapkan lelaki lain'.
Bagaimanapun, beliau tidak menjawab soalan itu secara langsung.
Kata Mahathir, pada ketika itu, beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.
"Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.
"Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri.
"Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis," katanya.
Walaupun berseteru selama hampir dua dekad selepas pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri yang kemudiannya didakwa meliwat dan menyalahgunakan kuasa, kedua-dua Mahathir dan Anwar telahpun berdamai pada September tahun lalu.
Kedua-duanya kini pemimpin utama Pakatan Harapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment