Write For Us

EAIC: Salah laku polis serius dalam kematian Balamurugan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan mendapati polis melakukan beberapa pencabulan tingkah laku yang serius dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan kematian tahanan S Balamurugan tahun lalu.
"Suruhanjaya mendapati kegagalan polis untuk melepaskan si mati selepas perintah reman mereka ditolak oleh majistret adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi arahan mahkamah," kata ketua EAIC Datuk A Aziz A Rahim.
Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Aziz berkata polis juga gagal mematuhi arahan majistret supaya segera menghantar Balamurugan ke hospital.
EAIC juga mendapati bahawa dua anggota polis yang hanya dikenal sebagai "SP46" dan "SP28" telah "menyalahgunakan kuasa" dalam memerintahkan Balamurugan ditangkap semula tanpa alasan yang sah.
Balamurugan ditangkap dan didakwa dipukul di balai polis Bandar Batu Klang pada 6 Februari 2017, sebelum dibawa ke pusat lokap Shah Alam selama beberapa jam, dan kemudian dihantar ke mahkamah majistret Klang pada waktu pagi untuk mendapatkan perintah reman.
Majistret mengarahkan pembebasan Balamurugan, tetapi dia terus ditahan di ibu pejabat daerah polis Klang Utara, dan didapati mati pada awal 8 Februari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment