Write For Us

Akta Sewaan Kediaman dijangka dibentang tahun depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Akta Sewaan Kediaman (RTA) yang bertujuan mengawal atur urusan sewaan rumah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun depan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata matlamat utama penggubalan akta itu adalah melindungi penyewa sekiranya berlaku kenaikan sewa yang tidak sah dan pengusiran tidak munasabah.

Selain itu, katanya, ia bagi mewujudkan kerangka perundangan untuk mengawal atur sistem kawalan sistem kediaman di negara ini.

Beliau menjawab soalan Chang Lih Kang (PKR-Tanjong Malim) mengenai usaha kerajaan untuk memastikan pasaran sewa kediaman berada dalam kemampuan kebanyakan rakyat, selain menangani sebarang isu berkaitan penindasan yang dikaitkan dengan urusan sewaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment