Write For Us

RON95 dijangka naik kepada RM2.20 seliter tahun depan, dakwa Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan harga petrol RON95 meningkat kepada RM2.20 seliter mulai bulan Januari 2017.
Berdasarkan ini, beliau mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyatakan jika jangkaan peningkatan pendapatan daripada minyak mentah itu akan digunakan sebagai subsidi petrol tahun depan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media secara langsung yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Beliau berkata harga minyak mentah dunia telah tiba-tiba melonjak 18 peratus sejak November lalu dan kerajaan dijangka memperolehi pendapatan tambahan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengeksport minyak.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran ini bermakna harga petrol, khususnya RON95, juga dijangka menyaksikan peningkatan mendadak.
Kiraan Rafizi adalah berdasarkan kepada formula harga minyak Mean of Platts (MOP) Singapura.
Ketika ini harga runcit RON95 adalah RM1.90 seliter.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment