Write For Us

Aktivis lancar dana khas bantu Dr Farouk

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Sekumpulan aktivis melancarkan dana khas “Freedom Fund” untuk membantu Datuk Dr Farouk Musa mencabar pihak berkuasa atas tuduhan baru-baru melanggar syarat penceramah mendapatkan tauliah untuk mengajar agama.
Di samping itu, ia juga berkaitan tuduhan pengharaman beberapa buku diterbitkan organisasinya, Islamic Renaissance Front (IRF).
Aktivis, Dr Wong Chun Huat berkata kos mengendalikan kes mahkamah untuk Farouk mungkin mencecah RM75,000, termasuk sekiranya beliau didenda RM5,000 sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Wilayah Persekutuan).
Terdahulu, dalam satu sidang akhbar hari ini sekumpulan aktivis menyatakan solidariti kepada Dr Farouk dan beberapa penulis yang diharamkan buku mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.
KDN mengharamkan dua buku disunting Farouk iaitu sebuah koleksi esei oleh novelis Faisal Tehrani dan buku seorang ahli PKR, Wan Ji Wan Husin.
KDN turut mengharamkan buku penulis terkenal kelahiran Turki, Mustafa Akyol, “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan”, dan judul asalnya “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty.”
Akyol baru-baru ini dijemput IRF untuk siri ceramah di Kuala Lumpur.
Beliau dan Dr Farouk bagaimanapun dipanggil untuk soal siasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana dituduh melanggar syarat mendapatkan tauliah berceramah daripada jabatan itu.
Jawi kemudiannya menahan dan mempersoal Akyol pada 25 September ketika bersiap menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara Dr Farouk pula disoal untuk beberapa jam minggu lepas.
Dr Farouk dijangka hadir di Mahkamah Syariah pada Disember ini diwakili peguam Rosli Dahlan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment