Write For Us

'Al Jazeera tak mahu tahu fakta sebenar, tapi punya niat tak baik terhadap Malaysia'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengecam stesen televisyen antarabangsa Al Jazeera kerana tidak beretika dalam menghasilkan dokumentari mengenai tindakan kerajaan menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa wabak Covid-19.

Dalam satu sidang media harian dari Putrajaya, Ismail menyifatkan apa yang dilaporkan dalam episod dokumentari 101 East iaitu 'Locked Up in Lockdown Malaysia' sebagai satu pembohongan.

Ini kerana katanya, kerajaan tidak secara khusus menyasarkan PATI tetapi kesemua yang berada di daerah-daerah yang teruk dilanda wabak Covid-19.

Kata Ismail lagi, tidak ada negara lain di dunia yang akan membenarkan PATI untuk berkeliaran secara bebas di negara mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment