Undang-undang Islam bukan sahaja mengenai menghukum pendosa tetapi turut meliputi hak-hak tanah Orang Asli (OA), kata seorang perwakilan semasa Konvensyen Kebangsaan Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini.
Che Ibrahim Muhammad berkata, umat Islam tidak boleh mendesak untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) sahaja tetapi sekadar merujuk kepada undang-undang sekular apabila melibatkan hak tanah OA.
"Kita diminta untuk menerima pindaan Akta 355 semata-mata untuk menghukum penzina dan minum arak, mengikut Islam.
"Tetapi, pada masa yang sama, kita menafikan hak OA untuk memiliki dan menduduki tanah," kata Che Ibrahim.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment