Write For Us

AMK: Penyokong pembangkang muak percakaran dalaman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Para penyokong pembangkang sudah muak dengan ketidakmampuan untuk menyelesaikan perbezaan antara mereka, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Suka atau tidak, pastilah majoriti pengundi yang memilih memberi harapan kepada kita semasa pilihan raya umum ke-13 berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan pelbagai perkembangan yang ada di kalangan parti pembangkang.
"Mentaliti kepembangkangan kami yang masih tebal menyebabkan kita gagal menguruskan tidak mampu untuk menguruskan perbezaan secara matang, sekali gus memberi tanggapan umum seolah-olah kita tidak bersedia untuk mentadbir," kata Nik Nazmi.
Beliau menegaskan demikian dalam ucapan dasar Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Shah Alam hari ini.
Pembangkang telah dibelenggu dengan percakaran dalaman sejak 2015, yang terbaru tindakan PAS untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment