Write For Us

'Penyokong pembangkang pun kita hantar pergi haji dari Yayasan 1MDB'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa ada di kalangan ahli pembangkang di kawasan itu turut serta dalam Program Ibadah haji Program Khas Haji Perdana Menteri anjuran Yayasan 1MDB.
Katanya, sejak tahun 2011 hingga kini beliau telah mencalonkan nama 20 jemaah haji di Lembah Pantai tanpa mengikut pegangan parti politik.
“Saya sebagai pemimpin masyarakat yang mencadangkan dan saya cadangkan ikut kriteria dari yayasan itu. Majoriti yang kita cadangkan diterima tapi ada satu, dua yang tak diterima oleh yayasan.
“Jadi untuk makluman kita hantar tidak ikut parti. Penyokong parti pembangkang pun kita telah hantar pada masa lepas. Kita harap bila kita hantar mereka tak membangkang lagi. Tapi itu kita tak tahu.
“Saya boleh sahkan (yang penyokong pembangkang ikut haji 1MDB), (dan selepas itu) kita tak tetapkan mereka sokong BN atau tidak. Terpulang pada dia,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas membuat tinjauan di Residensi Kerinchi.
Nong berkata demikian mengulas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment