Write For Us

Mereka yang pergi ibadah haji tajaan 1MDB ‘sudah banyak berubah’, kata Nong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan nada seloroh berkata mereka yang menyertai ibadah haji tajaan 1MDB ‘sudah banyak berubah’.
“Pada saya mereka ini niat memang nak tunai haji, setengah memang sudah daftar lama. Dengan adanya tajaan ini peluang untuk pergi.
“Saya rasa (Dr Mahathir) tak patut cakap macam tu kerana mereka yang pergi dah banyak berubah. Kalau dulu boleh katakan dari segi perangai dah banyak berubah, (itu kebaikan) jadi itu satu positif.
“Yang pakai ketayap satu hal, yang tak pakai ketayap pun satu hal,” katanya sambil ketawa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas membuat tinjauan di Residensi Kerinchi hari ini.
Nong berkata demikian mengulas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Terdahulu, Nong yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan mendakwa ada di kalangan ahli pembangkang di kawasan itu turut serta dalam Program Ibadah haji Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1MDB.
Katanya sejak tahun 2011 hingga kini beliau telah mencalonkan nama 20 jemaah haji di Lembah Pantai tanpa mengikut pegangan parti politik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment