Write For Us

'Saya tanggung dosa besar jika haji ditaja 1MDB dari wang tak halal'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang terhadap tajaan diterima mereka untuk menunaikan rukun Islam itu.
Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, Najib berkata beliau akan menanggung dosa yang besar jika sumber Jemaah haji yang dibiayai 1MDB adalah dari sumber tidak halal
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di suatu majlis di Tokyo berkata kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.
Beliau jelas menyindir "program amal" Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.
Najib dan orang-orang yang dekat dengannya dituduh memperalatkan 1MDB untuk menyelewengkan dana daripada syarikat milik negara itu.
Bagaimanapun, Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment