Write For Us

Anak akan didakwa kes dadah: 'Serah pada pengamal undang-undang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyerahkan kepada undang-undang berkaitan laporan anaknya yang akan didakwa di mahkamah berkaitan kes dadah.
Mohamad yang ditemui di lobi Parlimen secara ringkas mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa anak menteri yang ditahan dan didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Jelas Muhyiddin, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).
"Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini," kata Muhyiddin dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 14 April bagi soalan yang dikemukakan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).
Dalam jawapan bertulis itu, Muhyiddin bagaimanapun tidak menyebutkan nama menteri yang dimaksudkan.
Walaupun tidak menyebut, difahamkan ia merujuk kepada anak Mohamad yang sebelum ini ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang pada pukul 12.30 tengah malam awal Januari lalu.
Tidak berapa lama selepas itu Mohamad mengesahkan anaknya ditahan polis selepas didapati positif ganja.
Mohamad juga berkata berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap anaknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment