Write For Us

Anak muda jangan putus asa, sertai AMANAH tumbangkan kerajaan seru Mat Sabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu meminta mereka yang merancang untuk membunuh diri supaya tidak berputus asa, sebaliknya menyertai parti itu untuk melakukan perubahan kepada negara.
"Kita tidak mahu insiden 26 Oktober di Jambatan Pulau Pinang berulang kembali akibat tekanan kos kehidupan," katanya.
Beliau merujuk insiden seorang lelaki melompat dari Jambatan Pulau Pinang selepas menulis di Facebook bahawa dia berbuat demikian kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi.
"Dan andainya ada yang merancang untuk melakukan sedemikian, jangan putus asa. Bersama kami untuk melakukan perubahan dan tumbangkan kerajaan yang bolot, boros dan rakus ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen AMANAH hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment