Kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu boleh berlaku kepada Amanah jika anggota-anggotanya 'mabuk' kuasa dan sombong dengan kedudukan mereka, kata Mohamad Sabu.
"Kita sendiri menyaksikan bagaimana dengan kekuasaan Allah, kerajaan Barisan Nasional yang begitu kuat dan berkuasa sekian lama, akhirnya tumbang di tangan rakyat.
"Jadi tidaklah mustahil bagi kita yang baru bertunas untuk dijatuhkan pula oleh rakyat.
"Sedarlah, kekuasaan yang kita miliki hari ini bukanlah milik mutlak melainkan ia adalah pinjaman semata-mata," katanya.
Presiden Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata demikian ketika ucapan dasar pada konvensyen parti itu hari ini.
Memetik ayat al-Quran, beliau mengingatkan perwakilan bahawa kuasa diberikan merupakan ujian daripada Allah dan mereka perlu memikul beban amanah serta tanggungjawab kepada rakyat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment