Write For Us

Ahli Umno mengintai-ngintai Amanah - Mat Sabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Ramai pemimpin Umno cuba mendekati Amanah dan menyatakan hasrat menyertai parti serpihan PAS itu, maklum presidennya, Mohamad Sabu.
Bagaimanapun, jelasnya, ramai di antara pimpinan Umno datangnya dari peringkat bahagian.
"Di peringkat besar-besar Majlis Tertinggi itu belum ada lagi, bahagian-bahagian banyak, tapi memang lah mereka (Umno) saya ingat sedang runtuh di seluruh negara," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen Amanah 2018 di Ipoh, Perak hari ini.
Terdahulu, ketika ucapan penggulungannya pada konvensyen tersebut, Mohamad menyebut ramai anggota Umno sedang 'mengintai' untuk menyertai Amanah.
Menurut beliau, Umno seakan lumpuh selepas kehilangan kuasa persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment