Write For Us

Mat Sabu, 'Top Dog' AMANAH bertanding di Selangor?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Nama Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dicadangkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) bagi negeri Selangor.
Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim berkata pihaknya mencadangkan menamakan nama pimpinan besar bagi menguatkan AMANAH dan Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri itu.
“Sukacita saya umumkan hari ini, bahawa AMANAH Selangor akan menurunkan nama-nama besar pimpinan nasional sebagai calon di parlimen dan DUN Selangor.
“Dalam erti kata lain, AMANAH Selangor komited menawarkan yang terbaik melalui HARAPAN kepada rakyat Selangor bagi menjamin kesinambungan kerajaan HARAPAN Selangor dan kerajaan baru HARAPAN Putrajaya,” kata Izham dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Selangor DI Bangunan Majlis Pembadaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang hari ini.
Selain nama Mohamad, Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Dr Dzulkefli Ahmad, Ketua AWAN Nasional Dr Mariah Mahmud dan Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Selain itu, nama pimpinan AMANAH Selangor seperti Saari Sungip dan Hasnul baharuddin akan turut dicadangkan sebagai calon parti itu dinegeri tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment