Write For Us

"Selangor stabil" - kata Pengerusi Amanah Selangor selepas mengadap Sultan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Selepas masuk mengadap hampir dua jam, kenderaan milik Pengerusi Amanah Selangor , Izham Hashim dilihat keluar dari perkarangan Istana Bukit Kayangan Shah Alam.
Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan pertemuan bersama Sultan Sharafudin Idris Shah berjalan lancar dan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil.
“Selangor baik-baik sahaja, tiada masalah, pertemuan (bersama Sultan) juga berjalan lancar.
“MB (Menteri Besar) akan keluarkan kenyataan sekejap lagi selepas pertemuan ini,” katanya.
Jelasnya, hadir bersama mengadap sultan adalah Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi PKR merangkap Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Pemberita kini sedang menunggu kedua pemimpin berkenaan keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment