Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali hari ini mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan berkaitan negeri Selangor.
Menurut Anwar pertemuan itu juga bagi berbincang berkaitan calon menteri besar Selangor yang baru dan juga perubahan kerajaan di peringkat persekutuan.
Anwar juga berkata dalam pertemuan itu Sultan Sharafuddin turut meminta kerajaan baru memartabatkan Bahasa Melayu, agama Islam dan menjaga keharmonian antara kaum di negeri itu.
Anwar juga berkata beliau sudi membantu kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak mempunyai jawatan dalan kepimpinan kerajaan yang baru dibentuk.
Sementara itu, Azmin ketika ditanya hasil pertemuan dengan Sultan Sharafuddin berkata ringkas "pertemuan yang baik, alhamdulillah".

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment