Write For Us

Anak Najib diarah bayar RM200,000 kepada CIMB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan oleh anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berhubung rayuannya terhadap CIMB.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuannya berhubung kes Nazifuddin yang bertindak sebagai penjamin sebuah syarikat yang gagal membuat bayaran semula kepada bank.
Dengan ini, keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM200,000 - iaitu jumlah yang terhutang oleh syarikat berkenaan, kekal.
Bulan lalu, CIMB dilaporkan menuntut daripada Nazifuddin, untuk membayar sejumlah wang selepas syarikat yang diaminnya gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut perjanjian sewa beli.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment