Write For Us

LHDN tuntut anak Najib bayar cukai tertunggak RM37.6 juta

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
64 Views
Published
Di tengah-tengah usaha kerajaan mendapatkan semula RM1.69 bilion cukai pendapatan yang masih belum dibayar bekas perdana menteri Najib Razak, anaknya Mohd Nazifuddin dihadapkan dengan saman tuntutan cukai berjumlah RM37.6 juta.
Menurut writ saman yang dilihat Malaysiakini, saman terhadap ahli perniagaan berusia 36 tahun itu difailkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pihak kerajaan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu.
Nazifuddin didakwa gaga membayar cukai tambahan bagi tahun 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, yang masing-masing berjumlah RM1,541,850.83, RM5,718,486.42, RM5,437,086.08, RM3,775,133.23, RM1,796,494.18, RM2,271,812.79, dan RM12,052,046.26.
Beliau dikenakan denda 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kerana didakwa gagal membuat bayaran dalam masa 30 hari selepas menerima notis pentaksiran di pejabat LHDN di Kuala Lumpur pada 18 Mac.
Beliau juga dikenakan tambahan 5 peratus lagi kerana gagal membuat bayaran dalam masa 60 hari, menjadikan jumlahnya RM37,644,810.73.
Kerajaan juga meminta lima peratus faedah tahunan daripada jumlah tersebut, bermula daripada tarikh penghakiman kepada tarikh penyelesaian, serta kos dan ganti rugi lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
Menurut laman sesawang Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, pengurusan kes e-Penilaian di depan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Normaizan Rahim berkenaan kes itu dibuat pagi ini.
Melalui e-Penilaian, pihak yang terlibat tidak perlu hadir ke mahkamah dan pengurusan kes dibuat melalui telesidang.
Nazifuddin diwakili firma guaman Messrs Shafee & Co.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment