Write For Us

Najib gesa tubuh RCI siasat GST, bayaran balik cukai LHDN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa penubuhan satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kali ini mengenai tabung bayaran balik cukai GST dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Memetik kenyataan di Facebooknya, Najib mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mendakwa terdapat kekurangan sebanyak RM19.248 bilion tabung bayaran balik GST yang didakwa diselewengkan pentadbiran BN.
Lim turut mendakwa BN menyelewengkan sejumlah RM16 bilion bayaran balik cukai pendapatan dan cukai hartanah.
Najib berkata jika tuduhan Lim benar, maka RM16 bilion tersebut hanyalah setakat satu peratus sahaja daripada anggaran cukai pendapatan RM130 bilion yang dikutip oleh LHDN sepanjang 10 tahun yang lalu.
Beliau juga berkata terdapat beberapa sebab mengapa LHDN tidak mungkin membayar balik bayaran pembayar cukai itu.
Ini termasuk pekerja asing atau syarikat yang tidak lagi berada di negara ini, syarikat yang telah ditutup, atau orang yang tidak dapat dikesan.
Lim pula berkata tunggakan bayaran balik cukai itu adalah kerana jawatankuasa pengurusan tunai Kementerian Kewangan yang bermesyuarat setiap bulan dan sebelum ini dipengerusikan oleh bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah - tidak memperuntukkan wang yang cukup kepada tabung amanah pengembalian cukai walaupun LHDN telah meminta dana berkenaan.
Semalam, Najib juga menggesa penubuhan RCI mengenai projek yang disokong China, iaitu Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas (SSER).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment