Write For Us

ANGKASA gubal Pelan Anti Rasuah Koperasi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
menggubal Pelan Anti Rasuah Koperasi (CACP) baharu yang dijangka dilancarkan pada suku tahun pertama 2020.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pelan itu untuk memberi kesedaran dan memupuk pembudayaan anti rasuah dalam tadbir urus 14,417 koperasi yang dianggotai kira-kira 6.05 juta ahli seluruh negara.

Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menjelaskan CACP juga selari Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) peringkat kerajaan.
Sehubungan itu, ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan pelbagai program bermula Mac 2020.
Ini untuk memperkasa lebih 200,000 ahli lembaga koperasi yang terbabit secara langsung dalam tadbir urus koperasi sebelum diperluaskan kepada semua ahli.
Beliau berkata demikian ketika Seminar Pengurusan Anti Rasuah dan Standard Dalam Koperasi 2019 anjuran ANGKASA bertemakan Rasuah Dicela Maruah Terbela, pada Sabtu, 14 Disember.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment