Write For Us

Anifah Aman pula keluar Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Seorang lagi pemimpin kanan Umno mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu.
Kali ini, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.
Dilaporkan, surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.
Malam semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.
Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak memandangkan Mustapa memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment