Write For Us

KJ, Anifah patut jelaskan kenapa tak keluar dewan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dua anggota BN, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah Aman patut menjelaskan kepada parti berhubung tindakan mereka tidak turut serta keluar dewan bagi membantah cadangan pelantikan Speaker Dewan Rakyat.
Kata Najib, beliau menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.
- Dewan Rakyat kecoh, hanya KJ dan Anifah tidak keluar dewan
Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment