Write For Us

Annuar persoal perlawanan Kelantan-JDT ditunda tidak ikut peraturan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Aksi Liga Super ketiga membabitkan perlawanan antara Kelantan dan JDT dijadualkan pada Sabtu ini dilaporkan akan ditun‎da ke tarikh lain.
Ia susulan kejayaan skuad JDT melangkah ke saingan kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) berdepan kelab Gamba Osaka, 7 Februari nanti di Jepun.
Isu penundaan perlawanan Liga Super itu menjadi topik hangat di media-media sosial sekali gus menimbulkan tanda tanya berikutan tiada kenyataan rasmi dibuat oleh penganjur.
Semakan Malaysiakini mendapati, Facebook rasmi JDT juga telah membuat pengumuman mengenai perkara itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia‎ Limited Liability Partnership, Kevin Ramalinga berkata isu penundaan tersebut belum diputuskan secara rasmi setakat ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment