Write For Us

Dokumen buktikan tajaan TRW tertib, ikut peraturan - Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Berbanding semalam, nada bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas isu penajaan pasukan The Red Warriors sedikit berbeza hari ini.
Beliau yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian setelah “difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan lain-lain dokumen antara The Red Warrior Sdn Bhd dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Menulis di Facebook, Annuar berkata kini terbukti penyertaan UniKL dalam tajaan atau pakej komersial TRW dibuat secara terbuka, diisytihar dan diumumkan kepada orang ramai.
Pemilik kelab bola sepak JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mendakwa Pelaburan MARA Berhad dan UniKL dipaksa menaja pasukan Kelantan.
Tunku Mahkota Johor mendakwa UniKL turut menjadi mangsa apabila terpaksa mengurangkan biasiswa pelajarnya sebanyak RM700 juta tahun lepas.
Tunku Ismail turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan MARA dan UniKL kepada pasukan Kelantan, termasuk baucar pembayaran, slip deposit cek dan surat menyurat berkaitan.
Pada masa yang sama Annuar mendakwa banyak pasukan yang mengutip duit dari pelbagai sumber tetapi segalanya tersembunyi.
Sebelum itu, beliau menjelaskan tulisan beliau sebelum itu dibuat tanpa mendapat gambaran penuh kerana berada di tempat yang tiada kemudahan Internet.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment