Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan kepada pemimpin parti itu yang menjawat jawatan dalam kerajaan supaya bijak berpolitik dan boleh mengupas isu-isu politik semasa.
Katanya, ada di kalangan pemimpin tidak mahu bercakap secara politik tetapi hanya bercakap secara kerajaan.
“Nasihat saya kepada pemimpin Umno, walau menjadi timbalan menteri atau menteri duduk dalam kerajaan, harus bijak berpolitik dan boleh mengupas serta menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan politik semasa..
“Kelompongan yang ada dalam BN sekarang ini adalah kita tidak mahu bercakap secara politik, kita bercakap secara kerajaan,” katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.
Beliau turut berharap agar rakan-rakan dalam parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC serta anggota lain akan bijak dan berupaya menghuraikan apa itu BN, apa itu MCA dan apa itu Gerakan atas kesatuan dalam kepelbagaian yang diwujudkan.
“Jangan bercerita kerajaan sahaja... Ada kekuatan di belakang BN itu. Apakah dasar dan falsafahnya.
"Kita tidak hidangkan itu maka sekaranglah masa untuk kita ketengahkan dalam berpolitik,” katanya lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment