Sesiapa juga ahli dari bekas UMNO boleh mencuba nasib dalam pemilihan julung kali parti Bersatu pada bulan hadapan, tetapi ia hanya jika mereka bebas daripada "perbuatan jenayah", kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Mengikut peraturan mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.
"Pada umumnya mereka tidak dibenarkan tetapi mungkin ada kes istimewa yang kita akan pertimbangkan," kata Perdana Menteri selepas melawat Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Berhad di sini, semalam.
Beliau ditanya bagi mengulas mengenai kemungkinan ahli dari bekas UMNO bertanding dalam pemilihan parti itu seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tan Sri Syed Hamid Albar.
Sesiapa yang telah menjadi ahli selama setahun atau lebih boleh bertanding.
Pada awalnya, mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagian Bersatu akan diadakan mulai 25 Jan hingga 4 April tetapi kini diarah diadakan dari 15 Feb-18 April berikutan beberapa masalah dalam pendaftaran ahli-ahlinya.
Bagaimanapun, laporan itu menyebut, tidak akan ada perubahan berhubung mesyuarat agung tahunan Bersatu, yang dijadual diadakan mulai 26-28 Jun.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment