Write For Us

"Kita nak PRU-14 Najib iaitu UMNO Sdn Bhd disingkirkan," kata bekas pemimpin UMNO

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
160 Views
Published
Bekas Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Puchong, Mohd Said Midon meluahkan kekecewaannya terhadap parti itu yang tidak lagi memperjuangkan agenda Melayu tetapi mempertahankan dakwaan salah laku Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu skandal kewangan negara, 1MDB.
Mohd Said juga menyeru ahli-ahli UMNO yang lain agar meninggalkan parti itu dan memasuki UMNO baru, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Terdahulu, bekas exco Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan lebih 30 pemimpin akar umbi Umno termasuk dirinya keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang dihadiri kira-kira 70 anggota Umno di Hotel De Palma Ampang petang tadi.
Mohd Rafiq turut mendakwa, selain pemimpin Umno terdapat 150 anggota Umno lain yang turut menyertai keluar parti pada hari ini.
Katanya, Umno kini telah lari daripada perjuangan dan dirosakkan oleh kepimpinan parti yang tidak bertanggungjawab.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment