Walaupun berlainan parti politik namun hubungan baik sesama individu masih dapat dilihat.
Ini dapat dilihat apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengambil kesempatan bergurau senda bersama pemimpin-pemimpin Umno ketika penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pagi tadi.
Antara pemimpin Umno yang kelihatan ialah Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Umno Datul Seri Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Kedengaran pemimpin-pemimpin Umno mengusik Azmin sebagai calon Presiden PKR dan turut berseloroh mengenai calon BN DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam yang pernah bersama PKR pada satu masa dahulu.
"Calon ni kau yang 'train'," kata Sharkar mengusik Azmin.
Lokman pernah menganggotai PKR dan memegang pelbagai jawatan namun dipecat pada 2004.
Untuk rekod PKR akan mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini dan media minggu lalu memetik pembantunya sebagai berkata Azmin tidak akan bertanding jawatan Presiden dan kekal bertanding Timbalan Presiden.
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.
PKR, BN dan Bebas.
Ia melibatkan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment