Write For Us

Azmin sesuai diangkat calon PM, kata Saiful

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Selepas mencadangkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai calon perdana menteri, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menamakan seorang pemimpin pembangkang pula bagi menyandang jawatan tersebut.
Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menamakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon yang difikirkan sesuai.
"Saya lihat, Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon yang sesuai diangkat sebagai calon PM bagi pakatan pembangkang.
"Walaupun beliau tidak dikategori muda, tapi muda jugalah jika dibandingkan calon PM pembangkang sekarang ini yang sudah 93 tahun.
"Beliau juga banyak idea fresh, bertenaga dan kurang mengamalkan politik lama," kata Saiful menerusi tulisan di Facebook.
Minggu lepas Saiful mencadangkan Khairy dicalonkan sebagai perdana menteri berdasarkan trend negara-negara besar dunia seperti Perancis, Kanada dan New Zealand yang memilih golongan muda sebagai ketua negara.
Saiful memuji kepimpinan Azmin berdasarkan pemerhatiannya sepanjang pengalamannya bekerja dengan Anwar.
"Sewaktu ketika saya bekerja dengan Anwar Ibrahim dahulu, Azmin sebenarnya adalah "The Brain" di belakang strategi, gerak kerja politik dan pengurusan Parti Keadilan Rakyat.
"Tanpa Azmin, Anwar tidak dapat memimpin parti dengan mantap. Ibarat Anwar hanyalah aktor, dan Azminlah pengarahnya," kata Saiful.
Saiful juga menyifatkan Azmin sebagai seorang ahli politik yang 'pendiam tetapi licik'.
"Dilihat sebagai pendiam, tak banyak cakap, namun beliau adalah seorang yang sangat licik dan bijak. Kemas gerak kerja, pengurusan dan mahir berpolitik.
"Jika ikut logik dah lama tumbang Kerajaan Selangor ni. Tapi dengan kebijaksanaan politik Azmin, ia masih dapat bertahan hingga ke hari ini," kata Saiful.
Selain itu, katanya Azmin juga amat disenangi kawan dan lawan.
"DYMM Sultan Selangor kelihatan selesa dengan beliau sebagai MB. Rakyat Selangor pun suka style kepimpinan Azmin.
"Orang-orang Umno di Selangor pun beliau layan dan beri projek. Its an Open Secret, tak percaya pergilah ke SUK, Boleh nampak orang-orang Umno berurusan dengan beliau," kata Saiful.
Saiful adalah individu yang pernah menggemparkan negara apabila membuat laporan polis dan mendakwa diliwat Anwar pada Jun 2008.
Berikutan itu bekas majikannya itu didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Bagaimanapun Anwar menegaskan pendakwaan terhadapnya bermotifkan politik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment