Write For Us

Gimik Jamal sesuai, kata Noh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Gimik Datuk Seri Jamal Md Yunos membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam kelmarin, semata-mata mahu menuntut penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata gimik keranda itu bersesuaian dengan dakwaan penyelewengan dana peruntukan Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor yang dibawa oleh Jamal.
Noh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jamal pada Isnin yang membawa keranda di hadapan pintu masuk SUK, Shah Alam dalam sidang medianya di Bukit Jalil, malam tadi.
Kelmarin, Jamal tiba pintu masuk utama SUK kira-kira jam 11 pagi ini bersama 15 kereta jenazah sebelum mengusung keranda dan cuba memasuki perkarangan bangunan itu tetapi dihalang oleh pihak keselamatan.
Kehadiran Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dan penyokongnya sebagai bantahan berhubung dakwaan penyelewengan dana peruntukan Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment