Write For Us

Standard lawan Azmin ni Jamal je, kata Noh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menyokong hasrat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang mahu bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Kata Noh, beliau melihat Jamal sering membantu rakyat Selangor seperti projek jual ikan murah, yang mendapat halangan kerajaan negeri.
"Azmin ini yang layak lawan dia Jamal, bukan standard Azmin nak lawan Najib.
"Jamal saya tengok banyak tolong rakyat Selangor. Orang nak bagi ikan murah dapat halangan, kerajaan negeri kena faham kalau projek itu untuk mendapatkan keuntungan, bolehlah halang. Tapi kalau projek itu untuk tolong rakyat, kebajikan rakyat, patut guna budi bicara sikit untuk kepentingan rakyat.
"Jadi, mungkin Jamal tengok dia lebih banyak tolong rakyat daripada Azmin, sebab itu dia nak lawan Azmin," kata Noh.
Noh berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita di sebuah majlis hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment