Write For Us

Jamal, Noh 'spesis terakhir' dalam Umno - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan kerajaan negeri kerap diserang di berita arus perdana disebabkan beberapa isu iaitu nyamuk, bekalan air dan pengurusan sampah.
Kata Azmin, beliau tidak mengambil peduli kehadiran Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk kritikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar terhadapnya, namun beliau berpendirian mahu meneruskan agenda dalam menjaga kebajikan rakyat di Selangor.
"Sebab itu saya tak pedulikan, saya persetankan budak-budak ini, termasuk Noh Udang.
"Kerana tanggungjawab yang diberikan kepada saya adalah bangunkan negeri, jaga rakyat, jangan kira kaum, setiap rakyat negeri Selangor berhak mendapat haknya sebagai rakyat yang ada maruah dan integriti," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramah di Selayang malam tadi.
Menurut Azmin, Jamal dan Noh dianggap 'spesis terakhir' di dalam Umno Selangor.
"Di Selangor dah tak ada Umno dah. Adalah spesis-spesis terakhir...Noh, Jamal, siapa lagi? Tak banyak.
"Jangan hapuskan semua. Takut esok anak cucu cicit kita tanya 'Tok, Umno ni apa Tok'. Boleh kita jawab inilah spesis terakhir... Noh, Jamal. Simpan dua tiga orang.
"Tetapi Alhamdulillah bila Umno tak ada, rakyat aman, negara makmur, negeri maju, kerajaan stabil. Bila Umno ada, huru-hara.
"Di Selangor ini dalam keadaan kita diasak, dibuli, Alhamdulillah walaupun Putrajaya gawat, ekonomi curang, tetapi Selangor muncul negeri yang termaju di Malaysia pada hari ini," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment