Write For Us

Mungkin Azmin Ali nak masuk Umno, kata Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
195 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tampil menamakan empat wakil rakyat negeri itu yang ingin melompat parti.
"Azmin Ali kena namakan siapa empat orang wakil rakyat tersebut.
"Adakah diri beliau sendiri dan tiga yang lain. Mungkin beliau ada cita-cita nak masuk Umno BN," kata Jamal.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Terdahulu, Azmin didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ada beberapa wakil rakyat negeri itu akan bertukar parti bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Azmin cuba membohongi rakyat Selangor dengan membuat kenyataan bersifat permainan politik.
Kata Armand, Azmin mahu menutup kelemahan dan salah guna kuasa dalam isu rasuah yang melibatkan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly.
"Hari ini kita minta Azmin Ali keluarkan kenyataan secara terbuka dan rasmi sama ada benar atau tidak ada 4 wakil rakyat PKR ingin melompat parti.
"Jikalau tidak ada, bagi saya Azmin menipu rakyat Selangor dan beliau harus meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor tentang isu ini," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment