Write For Us

Jamal gelar Azmin 'bangang' tuduh UMNO cemar air Semenyih

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
189 Views
Published
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pemimpin 'bangang' setelah bertindak menyalahkan UMNO menjadi punca krisis air yang berlaku di Selangor, khususnya di Semenyih.
Jamal menegaskan, Azmin selaku pemimpin negeri itu sewajarnya memberi tumpuan dalam menyelesaikan krisis yang menyebabkan rakyat di negeri ini terus menderita.
Jamal berkata demikian dalam ucapannya ketika hadir di majlis taklimat Merah V2 di Ampang, petang semalam.
Pada Ahad lalu, Azmin dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan 'kecenderungan unsur sabotaj' oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.
Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Jaafar menjelaskan bahawa Jabatan Alam Sekitar tidak menemui sebarang unsur sabotaj dalam siasatan awalnya mengenai pencemaran Sungai Semenyih.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment