Write For Us

'Jamal ada 48 jam mohon maaf kerana tuduh saya dia'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin memberi masa 48 jam kepada Datuk Seri Jamal Yunos untuk menarik balik dakwaan yang mengatakan ketua wanita PKR itu memukulnya.
Malah, dalam Surat Tuntutan Zuraida kepada Jamal, beliau juga menggesa agar Jamal yang merupakan ketua kumpulan Baju Merah supaya membuat permohonan maaf seperti masa yang ditetapkan.
Jika Jamal tidak berbuat demikian, beliau mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Zuraida.
"Pada 13 November dia buat dakwaan yang tak benar dan berunsur fitnah dan dalam video jelas saya tidak ada di situ kerana itu insiden pergelutan antara Baju Merah dan polis.
"Dia juga memalukan saya dengan tuduhan saya pukul dia. Dia memalukan saya sebagai anggota parlimen dan menjejaskan reputasi saya.
"Dengan itu maka saya minta dia dalam masa 48 jam untuk buat penarikan kata-kata dan mohon maaf pada saya dan bayar apa-apa kos kerugian sewajarnya kerana kerosakan yang dilakukan semalam," kata Zuraida.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Zuraida lagi, pihak peguamnya telah fax Surat Tuntutan tersebut ke ofis Jamal tengah hari tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment