Write For Us

Jamal mohon maaf, mahu selak kain lihat kudis Zuraida

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
191 Views
Published
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengemukakan permohonan maaf kepada Zuraida Kamaruddin selepas diberikan tempoh 48 jam daripada Ketua Wanita PKR itu.
Namun, ia bukanlah untuk menarik tuduhannya terhadap penyokong Bersih yang didakwa memukulnya sehingga hidungnya berdarah.
Sebaliknya, permohonan maaf itu dibuat sebab selepas ini beliau mahu menyelak kain dan melihat kudis di kaki Zuraida.
"Semalam dia meminta memohon maaf selama 48 jam. Hari ini saya ingin memaklumkan saya ingin memohon maaf kepada Zuraida kerana selepas ini terpaksa menyelak kain beliau.
"Saya nak lihat ada kudis tidak di kaki dia, di peha dia dan ada tak lagi kudis-kudis di telapak kaki dia. Saya mohon maaf pada beliau kerana terpaksa menyelak.
"Dia tuntut saya memohon maaf dan saya telah memohon maaf kerana terpaksa menyelak kain beliau untuk saya perbaiki supaya kudis tak berjangkit pada rakyat di Selangor," katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.
Semalam, Zuraida memberikan Jamal tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik semula kata-katanya jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment