Write For Us

Jamal tawar diri jadi Presiden FAS, mahu lihat Selangor setanding JDT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
176 Views
Published
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menawarkan diri sebagai presiden Bola Sepak Selangor (FAS) akan menghantar surat secara rasmi kepada badan bola sepak itu berhubung hasratnya menerajui FAS dalam minggu ini.
Sinar Harian melaporkan Jamal berkata, tawarannya untuk memegang jawatan presiden FAS itu serius dan beliau akan menulis surat kepada persatuan itu dalam waktu terdekat.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, sekiranya terpilih mengetuai FAS, langkah pertama akan dilakukannya adalah memastikan semua tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.
Kata Jamal, bayaran tunggakan itu amat penting bagi memastikan moral semua pemain dan mereka yang terlibat dalan FAS mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Beliau menjelaskan, soal kewangan diletak nombor dua, sebaliknya kebijaksanaan pengurusan dan tampuk kepimpinan terutama presiden dalam menangangi isu-isu yang berbangkit adalah lebih penting.
Menurut Jamal, jika berpeluang memegang jawatan tertinggi dalam badan bola sepak itu, Jamal juga ingin melihat Selangor setanding dengan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment