Ekoran permasalahan yang melanda pasukan bola sepak Selangor hari ini Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil melakarkan ikrar untuk membawa pasukan itu setanding dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun jaminan tersebut hanya akan berlaku sekiranya beliau dipilih menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan bulan lalu.
"Hari ini saya menyerahkan surat kepada FAS untuk amenawarkan diri menjadi presiden FAS, hasrat dan tujuan saya hadir untuk menawarkan diri membantu kelab bola sepak Selangor kearah lebih maju setanding dengan kelab-kelab lain terutamanya dengan pasukan JDT.
"Kalau nak disebutkan kelab JDT ini lebih maju kehadapan, sekurang-kurangnya kami mampu bersaing dengan mereka,"kata Jamal dalam sidang media di hadapan Yayasan FAS, Kelana Jaya hari ini.
Terdahulu Jamal bermuka celoreng bendera Selangor bersama penyokonnya hadir ke pejabat FAS untuk menyerahkan surat permohonan sebagai presiden.
Turut hadir mengiringi Jamal, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shohaimi Shadan, Datuk Armad Azhar.
Surat tawaran tersebut diserahkan kepada Exco FAS, Adnan Sarrif.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment