Write For Us

'Saya harap dia mohon maaf' - Fahmi bidas peguam tuduh timbalannya arah sekat hantaran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Timbalan Menteri Teo Nie Ching tidak pernah mengarahkan platform media sosial untuk menurunkan atau menyekat sebarang hantaran.

Menurut Fahmi, sebarang tindakan untuk menurunkan hantaran oleh pengguna media sosial adalah terpulang kepada platform tersebut sekiranya terdapat kesalahan.

Semalam Shamsher Singh Thind seorang peguam mendakwa salah satu hantaran Facebooknya - mengenai isu Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) - disekat atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Shamsher Singh Thind turut mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching terlibat atau tidak dalam perkara itu.



Sumber video: https://www.facebook.com/share/v/z8nEys9vNgdhVsta/
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment