Write For Us

Kerana kekang kuasa Agong, Tun M mohon maaf

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Mahathir dalam blognya berkata demikian sebagai reaksi terhadap kesan pindaan tersebut, di mana Akta Majls Keselamatan Negara yang telah mula berkuat kuasa, Agong tidak perlu menandatanganinya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, masih memerlukan tandatangan baginda.
Akta MKN memberi perdana menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.
Pengkritik berkata ia serupa dengan mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya Yang di-Pertuan Agong boleh lakukan.
Pada tahun 1994, kerajaan yang diterajui Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Senat untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya.
Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.
Rang undang-undang itu diwartakan menjadi undang-undang pada Jun, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment