Write For Us

Jutawan mohon maaf pada Najib kerana sokong pembangkang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Jutawan Datuk Seri Stanley Thai mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Permohanan maaf oleh pengarah urusan Supermax Corp Bhd itu dibuat pada satu sidang akhbar hari ini.
Dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur itu juga, Stanley turut menyesal dan mengakui sebagai ahli perniagaan tidak harus terlibar dalam politik.
Ahli perniagaan itu sebelum ini membuat kejutan apabila mengumumkan sokongannya terhadap pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam satu temu bual dengan Bloomberg.
Berikutan keputusan PRU13, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual kepentingannya dalam Supermax.
Pada tahun 2014, Thai didakwa atas kesalahan berkongsi maklumat bukan awam berkaitan saham sebuah syarikat.
Dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara tahun lalu dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment