Write For Us

'Macai politik': Syed Saddiq mohon maaf kerana 'pukul rata'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mengakui kesilapan melabel NGO belia sebagai 'macai politik' dalam sidang parlimen awal bulan lalu.
Menurut Syed Saddiq kesilapan beliau ialah apabila 'memukul rata' kesemua anak muda di panggil 'macai'. Ketua Pemuda BERSATU itu mengakui tidak semua anak muda yang bersifat pak turut kepada sesebuah parti politik.
"Dari pihak saya, saya telah memohon maaf kerana memukul rata dimana tidak betul semua anak muda dipanggil macai. Tetapi dalam masa yang sama ia harus dituju kepada pimpinan anak muda (persatuan anak muda) yang telahpun memberi 'sokongan' terbuka kepada BN," kata Syed Saddiq pada sidang media selepas mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur.
Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Zaid Aziz yang mewakili NGO berkenaan menerima permohonan maaf dan turut memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Belia dan Kerajaan Pakatan Harapan diatas perkara-perkara yang berlaku sebelum PRU oleh badan-badang gabungan MBM yang menyatakan sokongan secara terus kepada BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment