Write For Us

'Kita kena berani kerana benar' - Syed Saddiq

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya berhubung dakwaan insiden diserang penyokong Barisan Nasional (BN) pada 16 Feb lalu.
"Tidak (untuk menarik balik laporan polis), kita kena berani kerana benar... polis dah ada gambar, ada video dan keterangan saksi, jadi saya biar mereka putuskan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jentera Pemuda Pakatan Harapan (PH) dekat Semenyih malam tadi.
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Syed Saddiq, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Wan Muhammad Azri, 36, direman sejak Isnin lepas bagi membantu siasatan dakwaan serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang pada Sabtu.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata siasatan pihaknya tiada pergaduhan serius sebaliknya hanya salah faham dan berlaku tarik menarik.
Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa beliau diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment